Al-Muntahi (Bhg:4)
Bahagian 4: Al-Muntahi
7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua.
Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua,
seperti kata syair;
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua,
Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;
Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,
Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
Seperti firman Allah SWT : Barang ke mana mukamu kau
hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Tamsil, seperti susu dan minyak
sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila
ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.
8. Sesekali tidak bertukar seperti sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada
badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada.
Demikian lagi Tuhan; pada sekelian alam pun tiada, dalam alam pun
tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya,
dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
bersambung …ke bahagian 5:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar