Jumat, 25 Oktober 2013

Al-Muntahi (bhg. 7))

Forest 

 Al-Muntahi (bhg.7)

13. Hai Pelajar mengetahui siapa mengenal diri mengenal Tuhannya.” bukan mengenal jantung atau paru-paru,  bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esa jua. Seperti kata Syeikh Junaid: Warna air itu warna bejananya” .

Seperti kata syair:

Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka
tiada dapat dilihat oleh segala mata;
Maka betapa dilihat oleh segala mata
Kerana Ia terdinding oleh adaNya.

Kata Syeikh Muhyildin Arabi:

Jika pergilah aku menuntut Dia,
tiadalah berkesudahan tuntutku,
jika datang aku ke hadiratNya,
Ia liar daripadaku;
Tidak aku melihat Dia,
Ia tidak jauh daripada penglihatanku,
Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.
 

Maka ini lagi kata Syeikh Junaid: Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.

14. Barangkala engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya) datang kerana Hak SWT:wahdahu la shararika lahu: (ertinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanya wujud Hak SWT. Seperti laut dan ombak.

Seperti Firman Allah:

Barang kemana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah.

Kata Maulana Abdul Rahman Jami:

Sekampung sekedudukan, sekelian  itu Ia jua;
Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segla raja-raja itu pun Ia jua;
Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua;
Demi Allah sekeliannya ia jua.
Maka demi Allah sekeliannya Ia jua.

 

Bersambung ke bahagian 8.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar