Jumat, 25 Oktober 2013

Al-Muntahi (Bhg: 2)


Bahagian 2: Al-Muntahi

sunset3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;

Yang laut itu  laut jua pada sedia pertamanya,

Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,

Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,

Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.

Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua. Seperti Firman Allah;  Allah dengan segala sesuatu meliputi.  Sabda Rasullulah saw; Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.

Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat Rasullulah saw; barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.

4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itu cermin samanya mukmin.

Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.

bersambung … ke bahagian 3.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar