Jumat, 25 Oktober 2013

Al-Muntahi (bhg. 5)


Bahagian 5: Al-Muntahi

padang9. Kerana itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.

Maka kata syeikh Junaid: Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi:  Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang.

Dan kata Maulana Rumi: Alam ni belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.

Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa: Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.

Maka kata kitab Gulshan:

Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,

Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.

Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,

Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.

(Peringatan: Kandungan kitab ini amat berat bagi pemikiran  yang tidak faham,  jangan membuat kesimpulan sendiri,  mintalah kepada Allah untuk mendapatkan penjelasan.)

Bersambung… ke bahagian 6.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar